Tarikh : 09. Januari.2013
Lokasi : Jambatan Besi area Pasir Puteh
Umpan : Cacing
Trip nie aku pegi masa sepupu aku Adila kawen. time tu pakcik aku yang duk KL semua balik. Saja ajak diorang sebab aku tahu sgt la pakcik2 aku mmg hantu mancing semua kalau belah ayah aku,termasukla ayah aku sendiri. Pada jam 5 petang, kami seramai 6 orang telah pi mancing kat lubuk biasa iaitu dekat dengan kampung aku. Nama tempat aku lupe lak tapi kami panggil jambatan besi sbb jambatan yang kami mancing tu merupakan jampatan sementara bagi kerja pembinaan. Rezeki kami ajak memuaskan even hanya 2 ekor udang galah (bukan sepit biru) dan seekor ikan bawal merah yang dapat dinaikkan.. aku kumpau sbb tak dapat ape2 hari tu...hahaha...
Sifu jani dengan udang beliau
Ime dengan muka puas sbb dapat naikkan udang
Wan dengan ikan bawalnye, xpenah dalam sejarah org wat naik bawal kat situ.